Saturday 18 May 2013

PIDATO MENJANA MINDA

         
 PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH

Bakat yang ada pada Mohd Faez Rasydan sebagai pemidato MTSD memang terserlah...mimik muka faez yang tak puas hati nii....mmg nampak jelas..rakan-rakan yang lain menyokong penuh faez...beri semangat padu...naib johan menjadi pembakar semanagt untuk merangkul johan pemidato pada tahun nii...mudah-mudahan...amin..
anaqi,zharif,ammar dan cu ai...

Sunday 12 May 2013

KE ARAH PROFESSIONAL HUFFAZ BERTAQWA

                                                        الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ للهِ بِسْمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Al-Quran merupakan satu mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW yang kekal sehingga hari qiamat. Sebagai petunjuk kepada jalan benar,maka adalah penting bagi setiap umat Islam mempelajari, menghayati dan mengamalkan setiap ajaran, arahan dan tegahan yang terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan At-Tirmidzi yang bermaksud :-

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”


Al-Quran adalah induk bagi masyarakat Islam dan merupakan sumber rujukan berbagai-bagai kemusykilan dari hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Kandungan Al-Quran yang meliputi pelbagai pengajaran hidup dan sumber ilmu pengetahuan dapat mendidik dan membimbing masyarakat Islam ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Seiringan dengan itu, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman telah menetapkan matlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni bersesuaian dengan tuntutan Al- Quran.

REMAJA.... adalah sasaran penting pembangunan modal insan sesebuah negara. Sebabnya, mereka mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan.Namun, krisis moral dan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi dewasa ini amat menggusarkan terutama di kalangan remaja dan pelajar sekolah.
Jika tidak dibendung, negara akan berhadapan dengan krisis nilai dan akhlak yang boleh menjejaskan kecemerlangan pembangunan manusia dan negara secara berterusan.Lalu, apakah langkah membendungnya yang perlu diambil. Remaja ini kalau kerenahnya disekat, mereka memberontak. Jika dibiarkan tanpa panduan, dibimbangi mereka akan terumbang-ambing dan akhirnya tidak mampu menyumbang kepada pembangunan negara sebagai mana yang diharapkan. Justeru, untuk melenturkan mereka, perlu difahami karakter dan ciri-ciri semula jadi mereka.    

"kalau ingin melentur buluh biarlah bermula dari rebungnya...kalau ingin membina negara biarlah bermula dari modal insannya " ( Aina murshidah mtsd )                

i like this video very much!!!!!

YOU and ME


Bergambar bersama putera tingkatan 2 MTSD...
 min,anil,abid,rasydan,udi,cuai,firas,syakir,ammar,amjad dan sayyid..
Walaupun tiada kemenangan yg dbawa pulang tetapi kenangan dan pengalaman yg berharga menjadi pendorong untuk mereka berjuang mengharumkan nama sekolah tercinta MTSD